Saturday, April 4, 2009

i'juz al-quran & zouq fil qalb


pada 3 april 2009, bertempat di dewan abu ubaidah, university al-bayt, mafraq telah diadakan satu seminar bertajuk Sains dan Islam & Zouq fil Qalb. program ini telah dianjurkan oleh PUTRA dengan kerjasama Kesatuan Melayu Kelantan Jordan (KMKJ).


program ini terbuka kepada ahli PUTRA dan KMKJ. objektif diadakan program ini adalah untuk mengaitkan ilmu perubatan dengan islam itu sendiri. seminar ini dihadiri oleh ahli PUTRA dan KMKJ dari mantiqah irbid, mafraq dan mu'tah yang terdiri daripada pelajar bidang agama dan juga perubatan.


seminar bermula dengan aluan pengerusi majlis sebelum bacaan gema wahyu diperdengarkan. kemudian disusuli dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, Tuan Haji Sulaiman bin Ismail.


ustaz sulaiman...

program diteruskan dengan tayangan multimedia sebagai pendahuluan kepada tajuk yang akan dikupas oleh ahli-ahli panel forum Sains dan Islam. tayangan mengenai kejadian ciptaan manusia daripada seketul darah sehingga menjadi manusia mengagumkan peserta sekaligus menimbulkan kesedaran tentang keagungan Allah.




peserta syabab...



forum Sains dan Islam berahlipanelkan Dr. aizat, Dr. Amir dan Dr. Zayyani dari mantiqah irbid yang juga merupakan pelajar Jordan University of Science and Technology (JUST).



dari kiri: Dr. Zayyani, Dr. Amir, pengerusi majlis, Dr. Aizat


setelah itu, peserta diberi makan tengah hari sementara peserta syabab melaksanakan solat jumaat.


lauk yang menyelerakan...


pukul 2 petang, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PUTRA dan KMKJ. penyampaian barangan sukan iaitu raket badminton kepada setiap mantiqah turut dijalankan. kemudian, cenderahati disampaikan kepada tetamu jemputan sebelum program diteruskan dengan Public Speaking "Zouq Fil Qalb".


penyampaian hadiah...


kemudian program diteruskan dengan usrah gabungan mantiqah sebelum peserta disajikan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid PUTRA.





sebelum bersurai, klinik kecil telah diadakan di mana klinik itu dikendalikan oleh pelajar-pelajar perubatan. program berakhir pada pukul 4 petang.

125x125 Ad Spots

.