Monday, November 30, 2009

Borang Pembaharuan Data Atas Talian

assalamualaikum wbt,


kepada semua ahli PUTRA Jordan sekalian,


untuk maklmuat semua ahli PUTRA Jordan sekalian, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran PUTRA 09/10 sedang didalam proses memperbaharui data-data ahli PUTRA. untuk itu, pihak PUTRA dengan sukacitanya meminta kepada semua ahli PUTRA untuk mengisi borang maklumat atas talian yang telah disediakan sebagaimana pautan dibawah.


pihak PUTRA Jordan 09/10 meminta maaf kerana terpaksa mengambil sedikit masa anda untuk tujuan ini. segala kerjasama pihak anda amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jazakumullahu khairan jaza'.

sekian terima kasih.

" Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA "


Pihak Pentadbiran,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
sesi 09/10.

Saturday, November 21, 2009

MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN LEBIH SELESA

e-RISALAH PENDIDIKAN ( siri 1 )

Unit E-Risalah,
Biro Dakwah Dan Pendidikan 09/10.


“besok exam ni, ana tak habis study lagi ni..ala, besok mesti tak boleh skor ni..”

“exam?.. wah,tajuk yg paling aku tak suka bila nk sembang..”

“aku study berat-berat pun, result aku tak gempak jugak..tawakal jela senang..”


Mungkin sebeginilah suara-suara yang bakal kita dengar bila musim peperiksaan tiba.Debaran pasti kian terasa. Kesannya, setiap kerja jadi serba tak kena. Anda setuju???

Sebagai insan yang bergelar mahasiswa, dan mahasisiwi sangatlah mustahil untuk kita lari dari peperiksaan.Sungguh! namun begitu, kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mengadapi dan menanganinya sebaik mungkin.

“Kenapa perlu exam?”

Peperiksaan adalah satu medium untuk menilai kembali tahap ilmiah kita, sejauh mana pemahaman kita, sehalus mana ketelitian kita, dan seluas mana penguasaan kita. Dalam ertikata lain, sebagai kayu ukur tahap akademik kita.

Masa memainkan peranan penting untuk menghadapi peperiksaan dengan baik :

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya.

“jadi apa pengisian yang perlu dilakukan bila nak exam?”

Berikut ada beberapa langkah sebgai panduan yang mungin boleh membantu. Teruskan membaca dengan teliti.....

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan.

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca.

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

“akhowat boleh la ikut bulat-bulat, kami syabab..kurang rajin...”

Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsi dalam kehidupan.
Antaranya, kajian membuktikan lelaki mempunyai pandangan ‘zoom’ manakala perempuan mempunyai pandangan ‘wide angle’, selalunya lelaki sukar untuk mencari barang-barang dalam almari jika dibandingkan dengan perempuan. Jadi, dalam pelajaran, lelaki akan lebih focus bila membaca buku membuatkan mereka cepat bosan, jadi perlu ada selang waktu untuk berehat ketika belajar.

Perempuan pula mempunyai ‘density colour’ yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu lelaki lebih suka warna-warna ringkas seperti biru, hitam, dan putih, manakala perempuan lebih menghargai warna, pasti nota-nota tulisan perempuan lebih menarik untuk dibaca. Jadi, lelaki juga patut mengunakan lebih banyak warna dalam pelajaran kerana ia membantu daya ingatan kita.

Hakikatnya, kita berbeza tp jika ada motivasi yang tinggi, segala kelemahan mungkin saja ditukar menjada kelebihan sepertimana satu istilah, ‘reverse psychology’.

“Subahanallah, indah sungguh penciptaan manusia”

Benar!, sungguh indah.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir.
(Al-Insan: 2-3)

Lebih indah jika kita mampu mengikut perintah Allah, dan meningalkan laranganNya, berusahalah menjadi muslim dan muslimah terbaik, dan mempu menyumbang manfaat bukan sahaja kepada diri, tapi juga kepada ummah.

Maka hargailah diri, lakukan anjakan pardigma untuk agama. Akhir kalam, bagkitlah wahai mujahidin dan mujahidah, janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu.Redha Allah itu perlu dicari.

Selamat Berjaya dalam peperiksaan. Bitaufeeq wannajaah.... Insyaallah!

Friday, November 13, 2009

Tazkirah Jumaat BDP

Biro Dakwah Dan Pendidikan 09/10
oleh : wardatulsolehah788

TANDA HATI MASIH HIDUP


1) kuatnya seseorang itu berpegang pada agama Allah.

2) keberaniannya berpegang pada yang haq dan menyatakannya

3) tiada takut kecuali Allah.

4) takut untuk murka pada Allah.

5) menjauhkan diri segala yang diharamkan Allah dan mengelakkan dari derhaka.

6) hati masih boleh bergetar mengalun ZIKRULLAH.


~ HOW IS YOUR LIVE TODAY? ..HOW ABOUT YOUR IBADAH? ~


..=)ASSALAMUALAIKUM MY FRIENDS..For you & me.." Do not give up on yourself , because change is usually slow. You will encounter obstacles that will discourage you , but do not let these obstacles defeat you "


Allah said : "..Invoke Me , I will respond to your invocation .." ( Al-Mu'min : 60 )


So,be happy and smile always.SMILE IS FREE!! A SMILE LIKE A RAY OF SUNSHINE AND A SMILE DOES NOT COST ANYTHING , BUT ITS GIVE A GREAT DEAL.

hatimu disakiti ? muhasabahlah kembali wahai hamba.Dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin kerana dia ingin bebas di syurga nanti.Bukan sikit pedih yang ditagih.Ye aku hanya pandai berbicara padamu kerana diriku tidak merasai apa yang engkau rasa.Tapi aku pada nukilanku di sini.Hanya sekadar hamba yang tidak mampu mengubah takdirNYA.Jika aku mampu wahai sahabat,akan aku bersamamu setiap detik,namun makna persahabatan bukan dengan makan bersama,tidur bersama,bergurau & menangis bersama.Bukan itu tujuan kita di dunia.MEncari sahabat untuk mencari cintaNYA.

Tapi cukuplah jika kita mencintai Dia bersama,hati kan tetap subur hingga ke syurga,jika kita layak menghuninya.Maafkan aku,andai aku telah melukai hatimu duhai teman.~ tiada niat untukku berpekerti sebegitu ~

Jika hari ini,kau kata aku sombong.Cuba kau lihat waktu kesombonganku ketika itu.Tidak akan sekali aku menyombongkan diri tika seruanNYA memanggilku.Tapi bukankah aku telah mengajakmu?engkau sukar berdamping denganNYA,tetap juga dengan 'dia',yang pasti bukan kekal cintanya.Moga tidak terjadi begitu.Baik,Dia pasti redho andai kalian berada dijalanNYA. Aku hanya pilih Dia,maafkan aku sahabat.>SeruanNYA-hanya DIA yg perlu disembah, berjihad KERANA DIA<>

Tuesday, November 3, 2009

Memo Program Solat Hajat & Jamuan PUTRA

MEMO BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN 09/10


Assalamualaikum wbt,


kepada,

semua ahli syabab PUTRA Mantiqoh Irbid,


PERKARA : Jemputan Ke Majlis Solat Hajat & Jamuan PUTRA
Sempena Fatrah Peperiksaan Uni. Yarmouk & JUST

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Dakwah Dan pendidikan PUTRA 09/10 ( BDP PUTRA ) akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Jamuan khas untuk ahli syabab PUTRA di mantiqoh Irbid.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana dibawah :


Tarikh : 05 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.00 PM - 7.00 PM
Tempat : Bayt Sepi ( bayt pelajar2 tahun 2 yarmouk-belakang imrah umar mokhtar)


4. Pihak BDP PUTRA amatlah mengalu-alukan kedatangan anda (syabab Irbid PUTRA ) bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan PUTRA kepada pelajar-pelajar baru tahun 1 Irbid PUTRA.

5. Pihak BDP PUTRA juga ingin memohon berjuta kemaafan kerana tidak dapat mengadakan program ini di mantiqoh-mantiqoh lain ( Mafraq, Amman dan Mu'tah ). Ini kerana terdapat sedikit halangan dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

6. Insyaallah pihak BDP PUTRA akan terus merancang program dengan lebih teliti dan tersusun pada masa mendatang bagi memastikan semua mantiqoh dapat disajikan dengan program yang sama selepas ini.

Sekian, wassalam.


"Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA"


Saya yang menjalankan amanah,

Ketua Biro Dakwah Dan Pendidikan,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
Sesi 09/10.

125x125 Ad Spots

.