Sunday, October 25, 2009

Sesi 09/10 PUTRA

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberi peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Ahlan wasahlan di ucapkan kepada adik-adik junior yang menjadi ahli rasmi mahupun bersekutu PUTRA. Diharap dengan kehadiran adik-adik, ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli PUTRA akan menjadi lebih kuat.


Sesi pentadbiran PUTRA juga telah bertukar kepada yang baru. Sesi 09/10 menyaksikan penambahan biro iaitu Biro Kemasyarakatan kepada Biro Kemasyarakatan dan Sukan. Nama-nama biro juga telah dipos kan di entri sebelum ini.


Diharap dengan sesi pentadbiran yang baru ini juga, Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan akan bergerak lebih maju dan menjaga kebajikan ahli-ahli dengan lebih saksama dan berdedikasi sesuai dengan misi PUTRA iaitu :

  1. Menambahkan thaqofah ahli PUTRA
  2. Memantapkan ukhuwah ahli PUTRA
  3. memperkasakan bi'ah solehah dalam kalangan ahli PUTRA
  4. Cinta Ilahi memupuk kepada cinta PUTRA

InsyaAllah, kami di barisan pentadbir akan berusaha sedaya upaya dalam memegang amanah ini supaya sesi 09/10 akan berjalan dengan lancar dan mantap. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik daripada PUTRA sepanjang tahun ini.

Sekian.. Wassalam..


"QIADAH ISLAMIAH PEMANGKIN GENERASI PUTRA"


Monday, October 19, 2009

Pengumuman Barisan Ahli Majlis Mesyuarat PUTRA sesi 09/10

Assalamualaikum wbt.

Berikut merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan sesi 2009/2010.

Biro Kemasyarakatan dan Sukan
Ketua Biro : Muhammad ‘Auni Bin Mustaffa
Timbalan Biro : Raja Maimunah Raja Yusuf

Biro Ekonomi
Ketua Biro : Ahmad Fitri Azmi Bin Alias
Timbalan Biro : Nur Adhana Mariam Binti Ali

Biro Dakwah dan Pendidikan
Ketua Biro : Mohd Danial Bin Razali
Timbalan Biro : Nor Afifah Binti Adnan

Biro Penerangan dan Penerbitan
Ketua Biro : Mohd Luqman Bin Zulkepli
Timbalan Biro : Siti Nur Rashidah Binti Mustapa kamil




Yang Benar,

___________________
(Amirul Fadhli bin Hasnan)
Yang DiPertua,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2009/2010.

125x125 Ad Spots

.