Thursday, July 30, 2009

Tempoh berkempen dan peraturan yang berkaitan.

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya pihak SPR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli PUTRA yang tercalon untuk pilihan raya esok.

Semua ahli yang tercalon dibenarkan untuk berkempen sehingga sebelum tempoh pengundian
bermula esok pagi iaitu jam 8 pagi.

Berikut merupakan syarat-syarat berkempen yang telah diputuskan oleh SPR dan terguna pakai untuk semua ahli PUTRA.

1) Menjaga syariat dan adab semasa berkempen.
2) Setiap kempen hendaklah dimaklumkan kepada calon.
3) DILARANG membuat kempen yang berunsur kenegerian.
4) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik Malaysia.
5) DILARANG membuat kempen yang boleh memburukkan nama calon-calon lain.
6) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik wangseperti rasuah, sogokan dan lain-lain yang difikirkan oleh SPR tidak patut dilakukan.
7) Sebarang kempen dalam bentuk bertulis perlu mendapat kelulusan rasmi SPR terlebih dahulu.
8) Pihak SPR berhak menghentikan atau menolak sebarang kempen yang difikirkan tidak sesuai.

"Saelamat berkempen dengan matang."

Harap maklum.

Makluman penarikan diri dan senarai baru pencalonan

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak SPR PUTRA telah memberi tempoh masa sehingga jam 12 malam ini kepada semua yang tercalon untuk menarik diri dengan mengemukakan sebab-sebab yang relevan.

Jadi diharap semua ahli yang akan mengundi pada hari esok untuk melihat senarai pencalonan yang terkini sekali lagi (selepas penarikan diri) sebelum mengundi esok.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada saudara/ri,didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian ,wassalam

Yang benar,

( AHMAD FAIZ FAKHRUDDIN BIN YUSOF)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu ( PUTRA),
2008/2009.

Makluman Calon Pilihanraya

Yang Dipertua:
1. Amirul Fadhli Bin Hasnan JUST ( 39 pencalonan )
2. Mohd Mustaqim Bin Maludin Al-Bayt ( 4 pencalonan )
3. Sydi Ahmad Firdaus Bin Roslan JUST ( 3 pencalonan )
4. Mohd Shukri Bin Tolahah JUST ( 3 pencalonan )

Naib Yang Dipertua:
1. Rashidah Binti Salleh Mu'tah ( 16 pencalonan )
2. Tengku Nadhirah Binti Tengku Zainal JUST ( 11 pencalonan )
3. WAn Noor Azleen Binti Wan Endok JUST ( 7 pencalonan )

Ahli Majlis Mesyuarat ( Syabab )
1. Mohd Amirul Kamal Bin Azih Yarmouk ( 37 pencalonan )
2. Mohd Mustaqim Bin Maludin Al-Bayt ( 12 pencalonan )
3. Mohd Danial Bin Mohd Razali Yarmouk ( 11 pencalonan )
4. Sydi Ahmad Firdaus Bin Roslan JUST ( 10 pencalonan )
5. Mohd Fadhlillah Bin Abdul Fatah Al-Bayt ( 8 pencalonan )
6. Mohd Shukri Bin Tolahah JUST ( 7 pencalonan )
7. Ahmad Faiz Bin Azrai' JUST ( 7 pencalonan )
8. Mohd Syahidi Bin Mohd Razduan Mu'tah ( 7 pencalonan )

Ahli Majlis Mesyuarat ( Akhowat )
1. Tengku Nadhirah Binti Tengku Zainal JUST ( 20 pencalonan )
2. WAn Noor Azleen Binti Wan Endok JUST ( 13 pencalonan )
3. Adila Azura Binti Abdullah JUST ( 8 pencalonan )
4. Nur Afifah Binti Adnan JUST ( 6 pencalonan )
5. Nurul Aini Binti Mohammad JUST ( 6 pencalonan )

Monday, July 27, 2009

Makluman Terkini Pencalonan.

Assalamualaikum..

Sukacita dimaklumkan, Pihak SPR PUTRA telah melakukan beberapa perubahan. Antaranya
1. Memansuhkan peraturan no 13 ( Pencadang siswa hanya berhak menamakan calon siswa sahaja dan pencadang siswi hanya berhak menamakan calon siswi sahaja ).


2. Tempoh pencalonan dilewatkan sehingga hari khamis bersamaan 30 Julai.

3. Tempoh berkempen diadakan serentak dengan tempoh pencalonan.

Sebarang maklumat boleh dikemukakan kepada:-
1. Pengarah SPR : Muhammad Shahrul Ifwat : 0779418147
2. setiausaha SPR : Ahmad Faiz Fakhruddin : 0779072692

Makluman Pilihan Raya

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada,

Ahli,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu Jordan( PUTRA),
Sesi Perkhidmatan 2008/2009.

MAKLUMAN PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA & PILIHAN RAYA PUTRA 2008/2009

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya PUTRA Kali ke-8 ini membuka peluang kepada semua Ahli PUTRA untuk mengemukakan penamaan calon bagi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat PUTRA sesi 2009/2010.

3. Berikut adalah wakil SPR PUTRA setiap mantiqah:-
a. Amman : Saudara Asyraff Hafzan 0795431848
b. Mu'tah : Mohd Syafiq 0795395769
c. Mafraq : Tg Nasir 0776989535
: Syahirah Salwa 0776406074
d. Irbid : Imran 0776971235
: Intan 0779974127

4. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sendiri oleh saudara/ri kepada AJK Suruhanjaya Pilihan Raya PUTRA setiap mantiqah kali ke-11 sebelum atau pada 30 Julai 2009 bersamaan hari khamis selewat-lewatnya jam 6.00 petang.


Segala kerjasama dan keprihatinan daripada saudara/ri,didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian ,wassalam

Yang benar,

( AHMAD FAIZ FAKHRUDDIN BIN YUSOF)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu ( PUTRA),
2008/2009.

Saturday, July 25, 2009

Family Day




Pada 15 Mei yang lalu bertempat di Aqabah,satu program telah direncanakan dengan kerjasama PUTRA dan KMKJ.Program yang bertemakan ukhuwah dijana kasih terbina ini melibatkan ahli-ahli dari mantiqah Mu’tah,Irbid ,Mafraq dan Amman.Program dimulai dengan sarapan pagi yang telah diedarkan oleh ajk makanan diikuti dengan taklimat yang telah disampaikan oleh AJK pelaksana program dan warta keselamatan oleh ajk pelaksana . Panas matahari di Aqabah langsung tidak menjejaskan semangat peserta untuk beraktiviti. Orang tempatan dan pelancong-pelancong di situ turut memberikan sokongan semasa kami bersukaneka. Ayam berjaya dibakar secara bergilir-gilir oleh para peserta. Kami dijamu dengan menu makan tengahari yang lazat . Peserta juga bebas membuat aktiviti masing-masing bersiar-siar di pantai dan menangkap gambar kenang-kenangan.Pada pukul 2.30 petang, majlis Haflah Khirij dan penyampaian hadiah dimulakan. Ustaz Arman Md Rusoff, Atase Pendidikan dari JPMJ memberikan sepatah dua kata. Dua orang wakil pelajar khirij juga menyampaikan pesanan dan nasihat buat adik-adik yang masih belajar. Akhirnya, majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada ahli PUTRA dan KMKJ yang bakal menamatkan pengajian pada tahun ini. Pemenang-pemang acara sukaneka turut menerima hadiah berupa hamper.Kami seterusnya berkumpul dan bersalaman sesama ahli. Bas-bas yang kami naiki bergerak ke bandar Aqabah dan akhirnya pulang ke mantiqah masing-masing.Kenangan yang diperolehi daripada Hari Keluarga ini amatlah berharga. Walaupun sedikit sebanyak terdapat kekangan terutamanya dari segi masa yang agak suntuk, program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama seluruh ahli. Alhamdulillah.Diharapkan agar program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

125x125 Ad Spots

.