Saturday, July 25, 2009

Family Day

Posted on 1:54 PM by Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan




Pada 15 Mei yang lalu bertempat di Aqabah,satu program telah direncanakan dengan kerjasama PUTRA dan KMKJ.Program yang bertemakan ukhuwah dijana kasih terbina ini melibatkan ahli-ahli dari mantiqah Mu’tah,Irbid ,Mafraq dan Amman.Program dimulai dengan sarapan pagi yang telah diedarkan oleh ajk makanan diikuti dengan taklimat yang telah disampaikan oleh AJK pelaksana program dan warta keselamatan oleh ajk pelaksana . Panas matahari di Aqabah langsung tidak menjejaskan semangat peserta untuk beraktiviti. Orang tempatan dan pelancong-pelancong di situ turut memberikan sokongan semasa kami bersukaneka. Ayam berjaya dibakar secara bergilir-gilir oleh para peserta. Kami dijamu dengan menu makan tengahari yang lazat . Peserta juga bebas membuat aktiviti masing-masing bersiar-siar di pantai dan menangkap gambar kenang-kenangan.Pada pukul 2.30 petang, majlis Haflah Khirij dan penyampaian hadiah dimulakan. Ustaz Arman Md Rusoff, Atase Pendidikan dari JPMJ memberikan sepatah dua kata. Dua orang wakil pelajar khirij juga menyampaikan pesanan dan nasihat buat adik-adik yang masih belajar. Akhirnya, majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada ahli PUTRA dan KMKJ yang bakal menamatkan pengajian pada tahun ini. Pemenang-pemang acara sukaneka turut menerima hadiah berupa hamper.Kami seterusnya berkumpul dan bersalaman sesama ahli. Bas-bas yang kami naiki bergerak ke bandar Aqabah dan akhirnya pulang ke mantiqah masing-masing.Kenangan yang diperolehi daripada Hari Keluarga ini amatlah berharga. Walaupun sedikit sebanyak terdapat kekangan terutamanya dari segi masa yang agak suntuk, program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama seluruh ahli. Alhamdulillah.Diharapkan agar program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

No Response to "Family Day"

Leave A Reply

125x125 Ad Spots

.