Thursday, July 30, 2009

Tempoh berkempen dan peraturan yang berkaitan.

Posted on 10:41 PM by Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya pihak SPR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli PUTRA yang tercalon untuk pilihan raya esok.

Semua ahli yang tercalon dibenarkan untuk berkempen sehingga sebelum tempoh pengundian
bermula esok pagi iaitu jam 8 pagi.

Berikut merupakan syarat-syarat berkempen yang telah diputuskan oleh SPR dan terguna pakai untuk semua ahli PUTRA.

1) Menjaga syariat dan adab semasa berkempen.
2) Setiap kempen hendaklah dimaklumkan kepada calon.
3) DILARANG membuat kempen yang berunsur kenegerian.
4) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik Malaysia.
5) DILARANG membuat kempen yang boleh memburukkan nama calon-calon lain.
6) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik wangseperti rasuah, sogokan dan lain-lain yang difikirkan oleh SPR tidak patut dilakukan.
7) Sebarang kempen dalam bentuk bertulis perlu mendapat kelulusan rasmi SPR terlebih dahulu.
8) Pihak SPR berhak menghentikan atau menolak sebarang kempen yang difikirkan tidak sesuai.

"Saelamat berkempen dengan matang."

Harap maklum.

No Response to "Tempoh berkempen dan peraturan yang berkaitan."

Leave A Reply

125x125 Ad Spots

.