Tuesday, December 15, 2009

Risalah Fikratul Iman Edisi Nov / Dis 09



Sila Klik Pada Imej Untuk Pembesaran

PERHATIAN : Fikratul Iman adalah lidah rasmi Biro Dakwah Dan pendidikan PUTRA yang dikeluarkan satu edisi untuk 2 bulan oleh Unit Risalah, Biro Dakwah Dan Pendidikan PUTRA 09/10. Fikratul Iman ini akan diedarkan kepada seluruh ahli PUTRA melalui perwakilan mantiqoh masing-masing.


Fikratul Iman,
Unit Risalah,
Biro Dakwah dan Pendidikan 09/10

Thursday, December 3, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha PUTRA 1430H

Assalamualaikum wbt

Kepada semua Ahli PUTRA yang berada di Jordan...

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430H ini, pihak PUTRA akan menganjurkan satu Majlis Sambutan Aidil Adha dan Sesi Ramah Mesra bersama Pimpinan PUTRA sesi 09/10.

Berikut merupakan Butiran Program :

Tarikh : 4 Disember 2009 bersama 17 Dzulhijjah 1430H
Hari : Jumaat
Masa : 6.30 petang- 11.00 malam
Tempat : Solah Abasi Jamiah Mu'tah

Cadangan Tentatif Program :

6.30 : Ketibaan Ahli PUTRA & Ketibaan Dif jemputan
6.45 : Majlis Bermula
6.50 : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Gema Wahyu
7.00 : Ucapan Yang Dipertua PUTRA
7.15 : Ucapan Perasmian Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan
7.40 : Tayangan Multimedia
7.50 : “Tak Kenal Maka Tak Cinta”(Sesi Bersama Pimpinan PUTRA)
8.20 : Persembahan Pelajar
8.30 : Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah
8.40 : Jamuan Aidiladha
9.00 : Sesi Bergambar
9.15 : Bersurai


Diharap semua Ahli PUTRA dapat meluangkan masa untuk kita sama-sama menghadiri Majlis ini.

* Jika anda sampai awal di Mu’tah, anda akan dapat melawat makam 3 orang sahabat baginda s.a.w yang syahid dalam peperangan Mu’tah iaitu Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawahah dan Ja’far bin Abi Talib

Sekian.

"Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA"

Tuesday, December 1, 2009

IKLAN RAYA PUTRA

Monday, November 30, 2009

Borang Pembaharuan Data Atas Talian

assalamualaikum wbt,


kepada semua ahli PUTRA Jordan sekalian,


untuk maklmuat semua ahli PUTRA Jordan sekalian, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak pentadbiran PUTRA 09/10 sedang didalam proses memperbaharui data-data ahli PUTRA. untuk itu, pihak PUTRA dengan sukacitanya meminta kepada semua ahli PUTRA untuk mengisi borang maklumat atas talian yang telah disediakan sebagaimana pautan dibawah.


pihak PUTRA Jordan 09/10 meminta maaf kerana terpaksa mengambil sedikit masa anda untuk tujuan ini. segala kerjasama pihak anda amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jazakumullahu khairan jaza'.

sekian terima kasih.

" Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA "


Pihak Pentadbiran,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
sesi 09/10.

Saturday, November 21, 2009

MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN LEBIH SELESA

e-RISALAH PENDIDIKAN ( siri 1 )

Unit E-Risalah,
Biro Dakwah Dan Pendidikan 09/10.


“besok exam ni, ana tak habis study lagi ni..ala, besok mesti tak boleh skor ni..”

“exam?.. wah,tajuk yg paling aku tak suka bila nk sembang..”

“aku study berat-berat pun, result aku tak gempak jugak..tawakal jela senang..”


Mungkin sebeginilah suara-suara yang bakal kita dengar bila musim peperiksaan tiba.Debaran pasti kian terasa. Kesannya, setiap kerja jadi serba tak kena. Anda setuju???

Sebagai insan yang bergelar mahasiswa, dan mahasisiwi sangatlah mustahil untuk kita lari dari peperiksaan.Sungguh! namun begitu, kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mengadapi dan menanganinya sebaik mungkin.

“Kenapa perlu exam?”

Peperiksaan adalah satu medium untuk menilai kembali tahap ilmiah kita, sejauh mana pemahaman kita, sehalus mana ketelitian kita, dan seluas mana penguasaan kita. Dalam ertikata lain, sebagai kayu ukur tahap akademik kita.

Masa memainkan peranan penting untuk menghadapi peperiksaan dengan baik :

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya.

“jadi apa pengisian yang perlu dilakukan bila nak exam?”

Berikut ada beberapa langkah sebgai panduan yang mungin boleh membantu. Teruskan membaca dengan teliti.....

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan.

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca.

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

“akhowat boleh la ikut bulat-bulat, kami syabab..kurang rajin...”

Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsi dalam kehidupan.
Antaranya, kajian membuktikan lelaki mempunyai pandangan ‘zoom’ manakala perempuan mempunyai pandangan ‘wide angle’, selalunya lelaki sukar untuk mencari barang-barang dalam almari jika dibandingkan dengan perempuan. Jadi, dalam pelajaran, lelaki akan lebih focus bila membaca buku membuatkan mereka cepat bosan, jadi perlu ada selang waktu untuk berehat ketika belajar.

Perempuan pula mempunyai ‘density colour’ yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu lelaki lebih suka warna-warna ringkas seperti biru, hitam, dan putih, manakala perempuan lebih menghargai warna, pasti nota-nota tulisan perempuan lebih menarik untuk dibaca. Jadi, lelaki juga patut mengunakan lebih banyak warna dalam pelajaran kerana ia membantu daya ingatan kita.

Hakikatnya, kita berbeza tp jika ada motivasi yang tinggi, segala kelemahan mungkin saja ditukar menjada kelebihan sepertimana satu istilah, ‘reverse psychology’.

“Subahanallah, indah sungguh penciptaan manusia”

Benar!, sungguh indah.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir.
(Al-Insan: 2-3)

Lebih indah jika kita mampu mengikut perintah Allah, dan meningalkan laranganNya, berusahalah menjadi muslim dan muslimah terbaik, dan mempu menyumbang manfaat bukan sahaja kepada diri, tapi juga kepada ummah.

Maka hargailah diri, lakukan anjakan pardigma untuk agama. Akhir kalam, bagkitlah wahai mujahidin dan mujahidah, janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu.Redha Allah itu perlu dicari.

Selamat Berjaya dalam peperiksaan. Bitaufeeq wannajaah.... Insyaallah!

Friday, November 13, 2009

Tazkirah Jumaat BDP

Biro Dakwah Dan Pendidikan 09/10
oleh : wardatulsolehah788

TANDA HATI MASIH HIDUP


1) kuatnya seseorang itu berpegang pada agama Allah.

2) keberaniannya berpegang pada yang haq dan menyatakannya

3) tiada takut kecuali Allah.

4) takut untuk murka pada Allah.

5) menjauhkan diri segala yang diharamkan Allah dan mengelakkan dari derhaka.

6) hati masih boleh bergetar mengalun ZIKRULLAH.


~ HOW IS YOUR LIVE TODAY? ..HOW ABOUT YOUR IBADAH? ~


..=)ASSALAMUALAIKUM MY FRIENDS..For you & me.." Do not give up on yourself , because change is usually slow. You will encounter obstacles that will discourage you , but do not let these obstacles defeat you "


Allah said : "..Invoke Me , I will respond to your invocation .." ( Al-Mu'min : 60 )


So,be happy and smile always.SMILE IS FREE!! A SMILE LIKE A RAY OF SUNSHINE AND A SMILE DOES NOT COST ANYTHING , BUT ITS GIVE A GREAT DEAL.

hatimu disakiti ? muhasabahlah kembali wahai hamba.Dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin kerana dia ingin bebas di syurga nanti.Bukan sikit pedih yang ditagih.Ye aku hanya pandai berbicara padamu kerana diriku tidak merasai apa yang engkau rasa.Tapi aku pada nukilanku di sini.Hanya sekadar hamba yang tidak mampu mengubah takdirNYA.Jika aku mampu wahai sahabat,akan aku bersamamu setiap detik,namun makna persahabatan bukan dengan makan bersama,tidur bersama,bergurau & menangis bersama.Bukan itu tujuan kita di dunia.MEncari sahabat untuk mencari cintaNYA.

Tapi cukuplah jika kita mencintai Dia bersama,hati kan tetap subur hingga ke syurga,jika kita layak menghuninya.Maafkan aku,andai aku telah melukai hatimu duhai teman.~ tiada niat untukku berpekerti sebegitu ~

Jika hari ini,kau kata aku sombong.Cuba kau lihat waktu kesombonganku ketika itu.Tidak akan sekali aku menyombongkan diri tika seruanNYA memanggilku.Tapi bukankah aku telah mengajakmu?engkau sukar berdamping denganNYA,tetap juga dengan 'dia',yang pasti bukan kekal cintanya.Moga tidak terjadi begitu.Baik,Dia pasti redho andai kalian berada dijalanNYA. Aku hanya pilih Dia,maafkan aku sahabat.>SeruanNYA-hanya DIA yg perlu disembah, berjihad KERANA DIA<>

Tuesday, November 3, 2009

Memo Program Solat Hajat & Jamuan PUTRA

MEMO BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN 09/10


Assalamualaikum wbt,


kepada,

semua ahli syabab PUTRA Mantiqoh Irbid,


PERKARA : Jemputan Ke Majlis Solat Hajat & Jamuan PUTRA
Sempena Fatrah Peperiksaan Uni. Yarmouk & JUST

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Dakwah Dan pendidikan PUTRA 09/10 ( BDP PUTRA ) akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Jamuan khas untuk ahli syabab PUTRA di mantiqoh Irbid.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana dibawah :


Tarikh : 05 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.00 PM - 7.00 PM
Tempat : Bayt Sepi ( bayt pelajar2 tahun 2 yarmouk-belakang imrah umar mokhtar)


4. Pihak BDP PUTRA amatlah mengalu-alukan kedatangan anda (syabab Irbid PUTRA ) bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan PUTRA kepada pelajar-pelajar baru tahun 1 Irbid PUTRA.

5. Pihak BDP PUTRA juga ingin memohon berjuta kemaafan kerana tidak dapat mengadakan program ini di mantiqoh-mantiqoh lain ( Mafraq, Amman dan Mu'tah ). Ini kerana terdapat sedikit halangan dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

6. Insyaallah pihak BDP PUTRA akan terus merancang program dengan lebih teliti dan tersusun pada masa mendatang bagi memastikan semua mantiqoh dapat disajikan dengan program yang sama selepas ini.

Sekian, wassalam.


"Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA"


Saya yang menjalankan amanah,

Ketua Biro Dakwah Dan Pendidikan,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
Sesi 09/10.

Sunday, October 25, 2009

Sesi 09/10 PUTRA

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberi peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Ahlan wasahlan di ucapkan kepada adik-adik junior yang menjadi ahli rasmi mahupun bersekutu PUTRA. Diharap dengan kehadiran adik-adik, ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli PUTRA akan menjadi lebih kuat.


Sesi pentadbiran PUTRA juga telah bertukar kepada yang baru. Sesi 09/10 menyaksikan penambahan biro iaitu Biro Kemasyarakatan kepada Biro Kemasyarakatan dan Sukan. Nama-nama biro juga telah dipos kan di entri sebelum ini.


Diharap dengan sesi pentadbiran yang baru ini juga, Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan akan bergerak lebih maju dan menjaga kebajikan ahli-ahli dengan lebih saksama dan berdedikasi sesuai dengan misi PUTRA iaitu :

  1. Menambahkan thaqofah ahli PUTRA
  2. Memantapkan ukhuwah ahli PUTRA
  3. memperkasakan bi'ah solehah dalam kalangan ahli PUTRA
  4. Cinta Ilahi memupuk kepada cinta PUTRA

InsyaAllah, kami di barisan pentadbir akan berusaha sedaya upaya dalam memegang amanah ini supaya sesi 09/10 akan berjalan dengan lancar dan mantap. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik daripada PUTRA sepanjang tahun ini.

Sekian.. Wassalam..


"QIADAH ISLAMIAH PEMANGKIN GENERASI PUTRA"


Monday, October 19, 2009

Pengumuman Barisan Ahli Majlis Mesyuarat PUTRA sesi 09/10

Assalamualaikum wbt.

Berikut merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan sesi 2009/2010.

Biro Kemasyarakatan dan Sukan
Ketua Biro : Muhammad ‘Auni Bin Mustaffa
Timbalan Biro : Raja Maimunah Raja Yusuf

Biro Ekonomi
Ketua Biro : Ahmad Fitri Azmi Bin Alias
Timbalan Biro : Nur Adhana Mariam Binti Ali

Biro Dakwah dan Pendidikan
Ketua Biro : Mohd Danial Bin Razali
Timbalan Biro : Nor Afifah Binti Adnan

Biro Penerangan dan Penerbitan
Ketua Biro : Mohd Luqman Bin Zulkepli
Timbalan Biro : Siti Nur Rashidah Binti Mustapa kamil




Yang Benar,

___________________
(Amirul Fadhli bin Hasnan)
Yang DiPertua,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2009/2010.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem

Di kesempatan ini, pihak PUTRA ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli PUTRA


Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya


Kepada yang dh start cuti, manfaatkan waktu cuti anda..


Kepada yang baru nk start final exam, bittaufiq diucapkan..


Selamat menjalani ibadah Ramadhan




Thursday, August 20, 2009

Saiz Ukuran Sweater

Salaam

Seperti yang diminta, ini adalah ukuran2 saiz sweater;

(Ukuran Dada & Labuh dalam 'inci')

1 S 20 28 ½

2 M 21 29 ½

3 L 22 30 ½

4 XL 23 31 ½

5 XXL 24 32 ½

6 XXXL 25 33 ½

p/s: Cara nok bace - yg 1st tu adalah ukuran dada, yg 2nd tu adalah labuh sweater


Harap maklum~

Sunday, August 16, 2009

Sweater PUTRA 09/10


Buat julung-julung kalinya

Untuk sessi pentadbiran PUTRA 09/10

"SWEATER PUTRA"

Khas untuk ahli PUTRA yang dikasihi sekalian dan bagi sesiapa yang berminat

Warna: Hitam & Putih (warna rasmi Terengganu)

Harga: JD 15 (Ahli PUTRA) , JD 17 (Ahli bukan PUTRA)

Untuk tempahan;

Boleh bagi nama & saiz baju anda kepada wakil dari setiap mantiqah selewat-lewatnya pada 28Ogos 2009 ini.

Irbid: (Sidi Ahmad Firdaus 0779837051) - (Tengku Nadhirah 0779849866)

Mafraq: (Fadhlillah 0777325806) - (Syahirah 0779789562)

Mu'tah: (Mohd Syahidi 0779937650) - (Rasyidah 0779164009)


Bagi yang masih berada di Jordan, sila bayar terus kepada wakil2 tersebut

Bagi yang berada di Malaysia, anda boleh bayar kemudian..

Keutamaan diberikan kepada ahli PUTRA terlebih dahulu


Jom beli~

Thursday, August 6, 2009

Barisan EXCO Terengganu


Menteri Besar

YAB Dato’ Ahmad Said

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri


YB Ahmad Razif Abd Rahman

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri


YB Yahaya Khatib Mohamad

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri


YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri


YB Dato’ Mohamed Awang Tera

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri


YB Asha’ari Idris

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri


YB Toh Chin Yaw

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri


YB Datuk Za’abar Mohd Adib

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri


YB Khazan Che Mat

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri


YB Rozi Mamat

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri


YB Dr. A Rahman Mokhtar

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri




Pengumuman Kepimpinan MPPM sesi 09/10

Assalamualaikum wbt.

Adalah dengan ini diumumkan.
Berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Eksekutif MPPM sesi 2009/2010.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPM) SESI 2009/2010

MAJLIS TERTINGGI

PRESIDEN
Ahmad Syahrul Bin Adnan

TIMBALAN PRESIDEN
Nik Abdul Hadi Bin Nik Abdul Aziz (i)
Nurul Ain Binti Samsuddin (ii)

SETIAUSAHA AGUNG
Ahmad Azrai Hj Bin Abdullah Alawi

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
Izzatul Nadiah Binti Zolkiply

BENDAHARI AGUNG
Mohd Afiq Bin Adnan

TIMB. BENDAHARI AGUNG
Siti Munirah Binti Roslan

BADAN PENGURUS

BIRO PEMBANGUNAN MINDA & AKADEMIK (BPMA)
Ketua :Mohd Shafiq Bin Mohd Shafii
Timb : 'Afifah Binti Ramli

BIRO EKONOMI (BE)
Ketua : Mohd Faaiz Abdul Aziz
Timb : Hanifah Binti Mazlan

BIRO PERHUBUNGAN & KEMASYARAKATAN (BPK)
Ketua : Abdul Aziz Bin Talderi
Timb : Ainul Arina Mardhiah Binti Mohd Noor

BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN & SUKAN (BKKS)
Ketua : Muhd Khairul Jafni Bin Jamaluddin
Timb : Izyan Saleha Binti Ibrahim







Yang benar,

____________ _________ ______
(AHMAD AZRAI ABDULLAH ALAWI)
Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia (MPPM)
Sesi 2009/2010

Tuesday, August 4, 2009

Pengumumuan Kepimpinan PUTRA sesi 09/10

Assalamualaikum wbt.

Berikut merupakan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan sesi 2009/2010.

Yang DiPertua:
Amirul Fadhli bin Hasnan

Timbalan Yang DiPertua:
Mohd Fadhlillah bin Abdul Fatah

Naib Yang DiPertua:
Rashidah binti Salleh

Setiausaha Agung:
Muhammad Amirul kamal bin Abd. Aziz

Timbalan Setiausaha Agung:
Wan Noor Azleen binti Wan Endok

Bendahari Agung:
Mohd Syahidi bin Mohd Razdwan

Timbalan Bendahari Agung:
Tengku Nadhirah binti Tengku Zainal



Yang Benar,

___________________
(Amirul Fadhli bin Hasnan)
Yang DiPertua,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2009/2010.

JPR : Keputusan Pilihanraya Putra bagi sesi 09/10

Keputusan Seperti Berikut:

Yang DiPertua : Amirul Fadhli bin Hasnan (37 undi)
Naib Yang DiPertua : Rashidah Binti Salleh (31 undi)

Ahli MAjlis Tertinggi (Syabab)

* Muhammad Amirul Kamal bin Abd. Aziz (42 undi)
* Mohd Syahidi bin Mohd Radzwan (28 undi)
* Mohd Fadhlillah bin Abdul Fatah (20 undi)


Ahli Majlis Tertinggi (Akhawat)

* Tengku Nadhirah binti Tengku Zainal (29 undi)
* Wan Noor Azleen binti Wan Endok (24 undi)



Jumlah yang layak mengundi 111
Jumlah pengundi yang hadir 58
Undi Rosak 6
Peratusan keluar mengundi 52%

Sekian, wassalam

Saturday, August 1, 2009

Selamat Pengantin Baru

Alf mabruk diucapkan kepada mantan YDP sessi 07/08, Mohd Syahir Akram dan pasangannya, Nadia.. Moga dengan bahtera yang dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. ameen~

Thursday, July 30, 2009

Tempoh berkempen dan peraturan yang berkaitan.

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tamanya pihak SPR mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli PUTRA yang tercalon untuk pilihan raya esok.

Semua ahli yang tercalon dibenarkan untuk berkempen sehingga sebelum tempoh pengundian
bermula esok pagi iaitu jam 8 pagi.

Berikut merupakan syarat-syarat berkempen yang telah diputuskan oleh SPR dan terguna pakai untuk semua ahli PUTRA.

1) Menjaga syariat dan adab semasa berkempen.
2) Setiap kempen hendaklah dimaklumkan kepada calon.
3) DILARANG membuat kempen yang berunsur kenegerian.
4) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik Malaysia.
5) DILARANG membuat kempen yang boleh memburukkan nama calon-calon lain.
6) DILARANG membuat kempen yang berunsurkan politik wangseperti rasuah, sogokan dan lain-lain yang difikirkan oleh SPR tidak patut dilakukan.
7) Sebarang kempen dalam bentuk bertulis perlu mendapat kelulusan rasmi SPR terlebih dahulu.
8) Pihak SPR berhak menghentikan atau menolak sebarang kempen yang difikirkan tidak sesuai.

"Saelamat berkempen dengan matang."

Harap maklum.

Makluman penarikan diri dan senarai baru pencalonan

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak SPR PUTRA telah memberi tempoh masa sehingga jam 12 malam ini kepada semua yang tercalon untuk menarik diri dengan mengemukakan sebab-sebab yang relevan.

Jadi diharap semua ahli yang akan mengundi pada hari esok untuk melihat senarai pencalonan yang terkini sekali lagi (selepas penarikan diri) sebelum mengundi esok.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada saudara/ri,didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian ,wassalam

Yang benar,

( AHMAD FAIZ FAKHRUDDIN BIN YUSOF)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu ( PUTRA),
2008/2009.

Makluman Calon Pilihanraya

Yang Dipertua:
1. Amirul Fadhli Bin Hasnan JUST ( 39 pencalonan )
2. Mohd Mustaqim Bin Maludin Al-Bayt ( 4 pencalonan )
3. Sydi Ahmad Firdaus Bin Roslan JUST ( 3 pencalonan )
4. Mohd Shukri Bin Tolahah JUST ( 3 pencalonan )

Naib Yang Dipertua:
1. Rashidah Binti Salleh Mu'tah ( 16 pencalonan )
2. Tengku Nadhirah Binti Tengku Zainal JUST ( 11 pencalonan )
3. WAn Noor Azleen Binti Wan Endok JUST ( 7 pencalonan )

Ahli Majlis Mesyuarat ( Syabab )
1. Mohd Amirul Kamal Bin Azih Yarmouk ( 37 pencalonan )
2. Mohd Mustaqim Bin Maludin Al-Bayt ( 12 pencalonan )
3. Mohd Danial Bin Mohd Razali Yarmouk ( 11 pencalonan )
4. Sydi Ahmad Firdaus Bin Roslan JUST ( 10 pencalonan )
5. Mohd Fadhlillah Bin Abdul Fatah Al-Bayt ( 8 pencalonan )
6. Mohd Shukri Bin Tolahah JUST ( 7 pencalonan )
7. Ahmad Faiz Bin Azrai' JUST ( 7 pencalonan )
8. Mohd Syahidi Bin Mohd Razduan Mu'tah ( 7 pencalonan )

Ahli Majlis Mesyuarat ( Akhowat )
1. Tengku Nadhirah Binti Tengku Zainal JUST ( 20 pencalonan )
2. WAn Noor Azleen Binti Wan Endok JUST ( 13 pencalonan )
3. Adila Azura Binti Abdullah JUST ( 8 pencalonan )
4. Nur Afifah Binti Adnan JUST ( 6 pencalonan )
5. Nurul Aini Binti Mohammad JUST ( 6 pencalonan )

Monday, July 27, 2009

Makluman Terkini Pencalonan.

Assalamualaikum..

Sukacita dimaklumkan, Pihak SPR PUTRA telah melakukan beberapa perubahan. Antaranya
1. Memansuhkan peraturan no 13 ( Pencadang siswa hanya berhak menamakan calon siswa sahaja dan pencadang siswi hanya berhak menamakan calon siswi sahaja ).


2. Tempoh pencalonan dilewatkan sehingga hari khamis bersamaan 30 Julai.

3. Tempoh berkempen diadakan serentak dengan tempoh pencalonan.

Sebarang maklumat boleh dikemukakan kepada:-
1. Pengarah SPR : Muhammad Shahrul Ifwat : 0779418147
2. setiausaha SPR : Ahmad Faiz Fakhruddin : 0779072692

Makluman Pilihan Raya

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada,

Ahli,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu Jordan( PUTRA),
Sesi Perkhidmatan 2008/2009.

MAKLUMAN PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA & PILIHAN RAYA PUTRA 2008/2009

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya PUTRA Kali ke-8 ini membuka peluang kepada semua Ahli PUTRA untuk mengemukakan penamaan calon bagi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat PUTRA sesi 2009/2010.

3. Berikut adalah wakil SPR PUTRA setiap mantiqah:-
a. Amman : Saudara Asyraff Hafzan 0795431848
b. Mu'tah : Mohd Syafiq 0795395769
c. Mafraq : Tg Nasir 0776989535
: Syahirah Salwa 0776406074
d. Irbid : Imran 0776971235
: Intan 0779974127

4. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sendiri oleh saudara/ri kepada AJK Suruhanjaya Pilihan Raya PUTRA setiap mantiqah kali ke-11 sebelum atau pada 30 Julai 2009 bersamaan hari khamis selewat-lewatnya jam 6.00 petang.


Segala kerjasama dan keprihatinan daripada saudara/ri,didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian ,wassalam

Yang benar,

( AHMAD FAIZ FAKHRUDDIN BIN YUSOF)
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Persatuan Mahasiswa Malaysia Terengganu ( PUTRA),
2008/2009.

Saturday, July 25, 2009

Family Day




Pada 15 Mei yang lalu bertempat di Aqabah,satu program telah direncanakan dengan kerjasama PUTRA dan KMKJ.Program yang bertemakan ukhuwah dijana kasih terbina ini melibatkan ahli-ahli dari mantiqah Mu’tah,Irbid ,Mafraq dan Amman.Program dimulai dengan sarapan pagi yang telah diedarkan oleh ajk makanan diikuti dengan taklimat yang telah disampaikan oleh AJK pelaksana program dan warta keselamatan oleh ajk pelaksana . Panas matahari di Aqabah langsung tidak menjejaskan semangat peserta untuk beraktiviti. Orang tempatan dan pelancong-pelancong di situ turut memberikan sokongan semasa kami bersukaneka. Ayam berjaya dibakar secara bergilir-gilir oleh para peserta. Kami dijamu dengan menu makan tengahari yang lazat . Peserta juga bebas membuat aktiviti masing-masing bersiar-siar di pantai dan menangkap gambar kenang-kenangan.Pada pukul 2.30 petang, majlis Haflah Khirij dan penyampaian hadiah dimulakan. Ustaz Arman Md Rusoff, Atase Pendidikan dari JPMJ memberikan sepatah dua kata. Dua orang wakil pelajar khirij juga menyampaikan pesanan dan nasihat buat adik-adik yang masih belajar. Akhirnya, majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati kepada ahli PUTRA dan KMKJ yang bakal menamatkan pengajian pada tahun ini. Pemenang-pemang acara sukaneka turut menerima hadiah berupa hamper.Kami seterusnya berkumpul dan bersalaman sesama ahli. Bas-bas yang kami naiki bergerak ke bandar Aqabah dan akhirnya pulang ke mantiqah masing-masing.Kenangan yang diperolehi daripada Hari Keluarga ini amatlah berharga. Walaupun sedikit sebanyak terdapat kekangan terutamanya dari segi masa yang agak suntuk, program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama seluruh ahli. Alhamdulillah.Diharapkan agar program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Saturday, April 4, 2009

i'juz al-quran & zouq fil qalb


pada 3 april 2009, bertempat di dewan abu ubaidah, university al-bayt, mafraq telah diadakan satu seminar bertajuk Sains dan Islam & Zouq fil Qalb. program ini telah dianjurkan oleh PUTRA dengan kerjasama Kesatuan Melayu Kelantan Jordan (KMKJ).


program ini terbuka kepada ahli PUTRA dan KMKJ. objektif diadakan program ini adalah untuk mengaitkan ilmu perubatan dengan islam itu sendiri. seminar ini dihadiri oleh ahli PUTRA dan KMKJ dari mantiqah irbid, mafraq dan mu'tah yang terdiri daripada pelajar bidang agama dan juga perubatan.


seminar bermula dengan aluan pengerusi majlis sebelum bacaan gema wahyu diperdengarkan. kemudian disusuli dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, Tuan Haji Sulaiman bin Ismail.


ustaz sulaiman...

program diteruskan dengan tayangan multimedia sebagai pendahuluan kepada tajuk yang akan dikupas oleh ahli-ahli panel forum Sains dan Islam. tayangan mengenai kejadian ciptaan manusia daripada seketul darah sehingga menjadi manusia mengagumkan peserta sekaligus menimbulkan kesedaran tentang keagungan Allah.




peserta syabab...



forum Sains dan Islam berahlipanelkan Dr. aizat, Dr. Amir dan Dr. Zayyani dari mantiqah irbid yang juga merupakan pelajar Jordan University of Science and Technology (JUST).



dari kiri: Dr. Zayyani, Dr. Amir, pengerusi majlis, Dr. Aizat


setelah itu, peserta diberi makan tengah hari sementara peserta syabab melaksanakan solat jumaat.


lauk yang menyelerakan...


pukul 2 petang, program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PUTRA dan KMKJ. penyampaian barangan sukan iaitu raket badminton kepada setiap mantiqah turut dijalankan. kemudian, cenderahati disampaikan kepada tetamu jemputan sebelum program diteruskan dengan Public Speaking "Zouq Fil Qalb".


penyampaian hadiah...


kemudian program diteruskan dengan usrah gabungan mantiqah sebelum peserta disajikan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid PUTRA.





sebelum bersurai, klinik kecil telah diadakan di mana klinik itu dikendalikan oleh pelajar-pelajar perubatan. program berakhir pada pukul 4 petang.

Saturday, March 28, 2009

Borang Komen / Aduan dan Cadangan

Assalamualaikum wbt,

kepada semua ahli PUTRA Jodan yang dikasihi sekalian,

jika anda mempunyai sebarang komen / aduan dan cadngan terhadap kepimpinan dan pengurusan PUTRA jordan, anda bolehlah menyalurkannya kepada pihak kami dengan mengisi borang yang telah disediakan dibawah.

Pihak kami amat memerlukan sebarang komen, aduan dan cadangan daripada anda.

Anda diminta menyatakan emel anda untuk memudahkan pihak PUTRA menjawab dan memberikan maklumat balas kepada anda.

Sekian, terima kasih.




























NAMA




ALAMAT EMAIL




MANTIQAH




KOMEN DAN CADANGAN









create form

Saturday, January 3, 2009

Assalamualaikum

TQ kerana melawat,
blog ini masih dalam pembikinan..

Moderator

125x125 Ad Spots

.