Saturday, November 21, 2009

MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN LEBIH SELESA

Posted on 11:20 PM by Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan

e-RISALAH PENDIDIKAN ( siri 1 )

Unit E-Risalah,
Biro Dakwah Dan Pendidikan 09/10.


“besok exam ni, ana tak habis study lagi ni..ala, besok mesti tak boleh skor ni..”

“exam?.. wah,tajuk yg paling aku tak suka bila nk sembang..”

“aku study berat-berat pun, result aku tak gempak jugak..tawakal jela senang..”


Mungkin sebeginilah suara-suara yang bakal kita dengar bila musim peperiksaan tiba.Debaran pasti kian terasa. Kesannya, setiap kerja jadi serba tak kena. Anda setuju???

Sebagai insan yang bergelar mahasiswa, dan mahasisiwi sangatlah mustahil untuk kita lari dari peperiksaan.Sungguh! namun begitu, kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mengadapi dan menanganinya sebaik mungkin.

“Kenapa perlu exam?”

Peperiksaan adalah satu medium untuk menilai kembali tahap ilmiah kita, sejauh mana pemahaman kita, sehalus mana ketelitian kita, dan seluas mana penguasaan kita. Dalam ertikata lain, sebagai kayu ukur tahap akademik kita.

Masa memainkan peranan penting untuk menghadapi peperiksaan dengan baik :

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya.

“jadi apa pengisian yang perlu dilakukan bila nak exam?”

Berikut ada beberapa langkah sebgai panduan yang mungin boleh membantu. Teruskan membaca dengan teliti.....

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan.

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca.

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

“akhowat boleh la ikut bulat-bulat, kami syabab..kurang rajin...”

Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza sesuai dengan fungsi dalam kehidupan.
Antaranya, kajian membuktikan lelaki mempunyai pandangan ‘zoom’ manakala perempuan mempunyai pandangan ‘wide angle’, selalunya lelaki sukar untuk mencari barang-barang dalam almari jika dibandingkan dengan perempuan. Jadi, dalam pelajaran, lelaki akan lebih focus bila membaca buku membuatkan mereka cepat bosan, jadi perlu ada selang waktu untuk berehat ketika belajar.

Perempuan pula mempunyai ‘density colour’ yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu lelaki lebih suka warna-warna ringkas seperti biru, hitam, dan putih, manakala perempuan lebih menghargai warna, pasti nota-nota tulisan perempuan lebih menarik untuk dibaca. Jadi, lelaki juga patut mengunakan lebih banyak warna dalam pelajaran kerana ia membantu daya ingatan kita.

Hakikatnya, kita berbeza tp jika ada motivasi yang tinggi, segala kelemahan mungkin saja ditukar menjada kelebihan sepertimana satu istilah, ‘reverse psychology’.

“Subahanallah, indah sungguh penciptaan manusia”

Benar!, sungguh indah.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir.
(Al-Insan: 2-3)

Lebih indah jika kita mampu mengikut perintah Allah, dan meningalkan laranganNya, berusahalah menjadi muslim dan muslimah terbaik, dan mempu menyumbang manfaat bukan sahaja kepada diri, tapi juga kepada ummah.

Maka hargailah diri, lakukan anjakan pardigma untuk agama. Akhir kalam, bagkitlah wahai mujahidin dan mujahidah, janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu.Redha Allah itu perlu dicari.

Selamat Berjaya dalam peperiksaan. Bitaufeeq wannajaah.... Insyaallah!

No Response to "MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN LEBIH SELESA"

Leave A Reply

125x125 Ad Spots

.