Tuesday, November 3, 2009

Memo Program Solat Hajat & Jamuan PUTRA

Posted on 10:54 PM by Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan

MEMO BIRO DAKWAH DAN PENDIDIKAN 09/10


Assalamualaikum wbt,


kepada,

semua ahli syabab PUTRA Mantiqoh Irbid,


PERKARA : Jemputan Ke Majlis Solat Hajat & Jamuan PUTRA
Sempena Fatrah Peperiksaan Uni. Yarmouk & JUST

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Biro Dakwah Dan pendidikan PUTRA 09/10 ( BDP PUTRA ) akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Jamuan khas untuk ahli syabab PUTRA di mantiqoh Irbid.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana dibawah :


Tarikh : 05 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.00 PM - 7.00 PM
Tempat : Bayt Sepi ( bayt pelajar2 tahun 2 yarmouk-belakang imrah umar mokhtar)


4. Pihak BDP PUTRA amatlah mengalu-alukan kedatangan anda (syabab Irbid PUTRA ) bagi memeriahkan lagi program tersebut. Program tersebut juga bertujuan untuk memperkenalkan PUTRA kepada pelajar-pelajar baru tahun 1 Irbid PUTRA.

5. Pihak BDP PUTRA juga ingin memohon berjuta kemaafan kerana tidak dapat mengadakan program ini di mantiqoh-mantiqoh lain ( Mafraq, Amman dan Mu'tah ). Ini kerana terdapat sedikit halangan dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

6. Insyaallah pihak BDP PUTRA akan terus merancang program dengan lebih teliti dan tersusun pada masa mendatang bagi memastikan semua mantiqoh dapat disajikan dengan program yang sama selepas ini.

Sekian, wassalam.


"Qiadah Islamiah Pemangkin Generasi PUTRA"


Saya yang menjalankan amanah,

Ketua Biro Dakwah Dan Pendidikan,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan,
Sesi 09/10.

No Response to "Memo Program Solat Hajat & Jamuan PUTRA"

Leave A Reply

125x125 Ad Spots

.