Sunday, October 25, 2009

Sesi 09/10 PUTRA

Posted on 11:06 PM by Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah,segala puji untuk-Nya yang memberi peluang bernafas sehari lagi di atas muka bumi-Nya.


Ahlan wasahlan di ucapkan kepada adik-adik junior yang menjadi ahli rasmi mahupun bersekutu PUTRA. Diharap dengan kehadiran adik-adik, ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli PUTRA akan menjadi lebih kuat.


Sesi pentadbiran PUTRA juga telah bertukar kepada yang baru. Sesi 09/10 menyaksikan penambahan biro iaitu Biro Kemasyarakatan kepada Biro Kemasyarakatan dan Sukan. Nama-nama biro juga telah dipos kan di entri sebelum ini.


Diharap dengan sesi pentadbiran yang baru ini juga, Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan akan bergerak lebih maju dan menjaga kebajikan ahli-ahli dengan lebih saksama dan berdedikasi sesuai dengan misi PUTRA iaitu :

  1. Menambahkan thaqofah ahli PUTRA
  2. Memantapkan ukhuwah ahli PUTRA
  3. memperkasakan bi'ah solehah dalam kalangan ahli PUTRA
  4. Cinta Ilahi memupuk kepada cinta PUTRA

InsyaAllah, kami di barisan pentadbir akan berusaha sedaya upaya dalam memegang amanah ini supaya sesi 09/10 akan berjalan dengan lancar dan mantap. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik daripada PUTRA sepanjang tahun ini.

Sekian.. Wassalam..


"QIADAH ISLAMIAH PEMANGKIN GENERASI PUTRA"


No Response to "Sesi 09/10 PUTRA"

Leave A Reply

125x125 Ad Spots

.